Our Marriage

Daisypath - Personal pictureDaisypath

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 16, 2009

My Uncle Ahmad

salam..holla people...
dah lama aku tak mengepdetkan blog ni. tak tau nak mula dari mana...

kali ni,aku ingin kongsi cerita ttg my uncle Ahmad.

last 27th May,
was his first operation on back spine.
ada slip disc.(betul ke istilah tu?)
operation tu berjalan lancar.
until one day,
he's blood pressure sgt rendah.
rupanya,dia mengalami pendarahan dalaman di kawasan usus
sekali lagi,uncle di masukkan ke dalam dewan bedah
dan memerlukan bekalan darah yg sangat banyak
luckily,ramai yg sudi menderma darah.
from wut i heard,
dorang syak one of medication yg uncle amik selepas operation back spine
memberi kesan kepada usus sehingga bleeding
lagipon selepas 1st operation tu
uncle hardly to eat anything

alhamdulillah,
lepas pembedahan tu
uncle dah ok tapi masih dalam kesakitan.
sehingga laa 10 Jun
terima panggilan dari my mom
she told me uncle mengalami low blood pressure lagi
kali ini, dorang tpaksa guna eletrik shock tuk jantung uncle
dan aku kelu tak terkata
seawal 5 pagi,aku bgerak ke sandakan bersama my aunty Noi n uncle Ben
sewaktu aku sampai di Hospital Dutches of Kent Sandakan
uncle Ahmad masih di dalam dewan bedah tuk pembedahan ke-3
untuk menghentikan pendarahan tuk kali ke-2

kali terakhir aku berada di hospital ini
semasa menjaga arwah atuk aku di saat-saat akhir hidupnya
.....*sigh*....

most of my family dah ada kat sana
semua dalam keadaan tenang menunggu di kawasan menunggu dewan bedah
i hug my cousins,uncle mad's daughters
at that moment
i'm speechless......there's no word yg sesuai tuk comfort dorang kuar dari mulut
i know how much they worried
when i hold them
only tears yg keluar
i know,they try to be strong
and i try to be strong for them
its really tough time for them
my aunty Las plak..wajahnya tenang
hanya Allah je tau apa yg bermain di hati dan fikirannya
aku perasan,aunty Las dah susut berat badan
my parents dah berada kat sandakan since 25th May lagi
my mom giving her whole support to her lil sister
till today my parents blum balik ke tawau

while waiting the operation end
uncle's ofiz colleague,friends and our relatives
ramai datang menderma darah
sangat terharu dengan kehadiran mereka
dan hasil darah yang dapat di kumpul
uncle berdarah jenis B
hasil derma darah B ada 12bag
yang selebihnya darah jenis O dan AB ada 14bag

pembedahan bermula pada 8.10pagi berakhir pada jam 2.30ptg
kami di khabarkan buat sementara uncle dalam keadaan stabil
pendarahan dapat di hentikan
cuma mereka risau uncle akan dijangkiti kuman dan
berlaku pendarahan di tempat lain pula
kami bersyukur kerana uncle selamat dan stabil selepas di bedah
dia di masukkan ke wad ICU
my dad nasihatkan family yg lain tuk balik berehat terutama sekali aunty Las
yang tidak berehat semalaman
aku menemani Erma (3rd daughter) menanti di luar wad ICU
kami menunggu masa melawat petang tu
Erma minta aku supaya tidak menangis bile berdepan dgn her dad
semasa aku lawat uncle
di kelihatan tenang terbaring kerana masih dalam keadaan tidak sedar
byk tiub2 yg berada di badannya
hati ku sangat sebak dan menahannya sebaik mungkin
hati menadah kesyukuran uncle masih survive

malam itu,
my family membuat solat hajat di masjid perumahan uncle di taman merpati
mendoakan kesejahteraan,kesihatan dan keselamatan buat uncle

aku menghabiskan hari siangku sepanjang berada di sandakan di hospital
menggantikan my cousin n aunty las yg berjaga sepanjang malam di sana

sehingga hari ni,
my dad khabarkan yang uncle stabil
tapi masih belum sedar sepenuhnya supaya uncle tidak merasa kesakitan
kerana masih ada tiub2 di dalam perutnya

aku berdoa uncle di panjangkan umur
dan kembali sembuh dan sihat seperti sediakala
semoga keluar uncle tabah hadapi masa2 sukar ini

i love them so much


*aunty Las and uncle Mad on 25th May before his 1st operation*






the family members waiting outside operation theatre

No comments:

Post a Comment